Thursday, 24 January 2013

Amsal 25: 20

Alohaaa~ lohaa~ lohaa~ lohaaa~
(sekarang ada perbahasan bah ni di kelas haha) kemonn~

Tarikh hari ini 25 jadii~
Renungan di pagi hari, Amsal 25. :D

Amsal 25:20
Orang yang menyanyikan nyanyian untuk hati yang sedih adalah seperti orang yang menanggalkan baju di musim dingin, dan seperti cuka pada luka.

Seringkali saya melihat apabila ada yang bersedih, ada yang suka mendengar lagu2 jiwang~ lagu2 sedih dan menyanyikan lagu2 sedih untuk menghiburkan hati yang menyenangkan hati mereka. tetapi penulis amsal ini mengatakan bahawa orang yang menyanyikan lagu sedih adalah seperti orang yang menanggalkan baju di musim dingin dan seperti cuka pada luka. Yang pertama [ menanggal baju di musim dingin ]. hmm menanggalkan baju di musim dingin ? apakah perasaan yang apabila menggalkan baju dalam keadaan sejuk? uuu pasti sangat sejuk dan ianya pasti menyeksakan keadaan tubuh fizikal kita. dan [ seperti cuka pada luka ] meletakkan cuka di luka? aduh pasti sangat pedih, sakit. kan?.
                    Jadi, di sini kita dapat belajar bahawa apabila kita sedih janganlah kita menyanyi nyanyikan lagu   sedih kerana ianya akan menambah lagi kesakitan yang kita hadapi. tetapi marilah kita belajar daripada Amsal 15: 13 Hati yang gembira membuat muka berseri-seri tetapi kepedihan hati mematahkan semangat.



jadiieyy~ jumlah kita bersukacita... haleluyah! sukacita membuat kita kuat membuat kita berfikiran positif, membuat kita terus maju di dalam hidup kita. Apabila Roh Allah ada di dalam hidup kita maka kita akan dipimpin oleh Roh-Nya dan bukan lagi hati kita. Ingat! Don't follow your heart, Follow God's Word. :D

Wednesday, 23 January 2013

Amsal 24 [24/1/13]

24/1/2013 :D   [ Cuti sekolah. hehe jadi hari ini saya di bilik sahaja die~~~ ] 

Memandangkan hari ini cuti.. jadieyy~ saya membaca dalam Amsal pasal 24. =)

Amsal 24: 28
Jangan menjadi saksi terhadap sesamamu tanpa sebab, dan menipu dengan bibirmu.
(selalu berlaku ini dalam kehidupan seharian. sebagai contoh, seorang kawan saya sedang bercerita dengan seorang yang lain maka apabila kawan saya ni inginkan sokongan daripada saya walaupun sebenarnya maklumat yang dia berikan itu salah, saya sering mengatakan "ya" untuk menyokong kawan sa tadi tu supaya tipu nya tidak terbongkar. tetapi hari ini, saya telah belajar ayat ini dan tidak akan melakukannya lagi. :) )
[BAPA, ajar saya untuk tidak menjadi saksi tehadap sesama tanpa sebap dan supaya saya tidak menipu dengan bibir saya sendiri. Juga, ajar saya untuk mengatakan apa yang benar agar saya tidak terjerat dengan perkataan saya sendiri. Amen]

Amsal 24: 29
Janganlah berkata:
"Sebagaimana ia memperlakukan aku, demikian kuperlakukan dia. Aku membalas orang menurut perbuatannya."

(kadang2 dalam kehidupan kita ini, kita diperlakukan tidak adil. kita disakiti, kawan2 kita mengatakan yang buruk tentang kita di belakang kita, kita ditindas, disakiti hati dan banyak lagi. dan ramai orang yang akan membalas apa yang mereka telah hadapi dengan orang yang menyakiti mereka. saya pernah terbaca sebuah ayat yang mengatakan "orang yang disakiti cenderung untuk menyakiti". Tetapi firman Tuhan di dalam:::

Roma 12:17 Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan; lakukanlah apa yang baik bagi semua orang! dan 1 Pertus 3:9 dan janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan, atau caci maki dengan caci maki, tetapi sebaliknya hendaklah kamu memberkati, kerana untuk itulah kamu dipanggil iaitu untuk memperoleh berkat....

oleh itu, janganlah kita membalas kejahatan dengan kejahatan. :D

Bapa, ajar saya untuk mentaati Engkau dalam kehidupan kami, dalam pertuturan kami. juga, ajar saya untuk tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. biarlah kasihMu memenuhi hati saya sehingga apabila saya disakiti, saya akan berseru kepada Engkau dan mengampuni orang tersebut. Trima kasih Tuhan untuk segalanya dan kerana Engkau sangat baik. Amen. 


Haleluyah! Tuhan memberkati.
V" AREN .T


Tuesday, 22 January 2013

Memandangkan hari ini 23 hb jadi saya membaca dalam Amsal pasal 23. :D




Amsal 23: 22
Dengarkanlah ayahmu yang memeperanakkan engkau, dan janganlah menghina ibumu kalau ia sudah tua.

(Tuhan, sa berdoa agar saya tidak melawan ayah saya dan tidak sekali-kali akan menghina ibu saya walaupun mereka sudah tua nanti bahkan saya akan terus mengasihi mereka seperti mana Engkau mengasihi saya. Amen)
Amsal 23: 24
Ayah seseorang yang benar akan bersorak-sorak; yang memperanakkan orang-orang yang bijak akan bersukacita karena dia.

(Tuhan, saya berdoa agar ayah saya memiliki sukacita kerana memiliki saya sebagai anaknya. juga agar saya tidak mengecewakan harapan yang dia letakkan pada diri saaya. ajar saya ya Tuhan untuk menjadi anak yang bijak. Amen.)

Amsal 23:25
Biarlah ayahmu dan ibumu bersukacita, biarlah beria-ria dia yang melahirkan engkau. 

(Tuhan saya berdoa agar ayah dan ibu saya sentiasa bersukacita di dalam kehidupan mereka. biarlah mereka bahagia melihat kami akan-anak mereka berusaha dalam pelajaran kami. berikan mereka kekuatan untuk bekerja, berikan mereka damai dalam hati mereka. Trima kasih Tuhan kerana Engkau sangat baik. Amen)


                  Tanpa ayah dan ibu, sudah pasti saya tidak ada di dalam dunia ini. Trima kasih ayah, trima kasih ibu, kerana cinta kamu, saya telah lahir di dunia ini, dana merasakan kehidupan ini. meskipun saya sering menyakiti, melawan kamu dan sering membuatkan kamu marah atas kejajalan yang saya miliki tetapi kamu sangat tabah dan kuat untuk menghadapi sikap saya ini. mungkin kadang-kadang kamu terasa putus asa kerana memiliki anak yg jajal mcm saya tp saya percaya bahawa Tuhanlah yang memberikan kamu kekuatan untuk menjaga saya. trima kasih kerana telah memenuhi segala keperluan dan kelengkapan saya. sejak saya dilahirkan banyak pengorbanan yang kamu telah berikan. dalam soal masa kewangan dan segalanya, kamu telah berikan yg terbaik.
                


Bapa di syorga, saya berdoa ya Bapa, buat kedua org tua saya. trima kasih kerana Engkau telah memberikan saya lahir ke dunia ini melalui cinta mereka. Bapa, berikan mereka kekuatan dalam menempuhi hari-hari mereka. Juga berikan mereka hikmat dan pengetahuan sehingga mereka dapat menjalani kehidupan dengan baik. berkati kesihatan tubuh mereka, pekerjaan mereka, tanaman jg dan apapun yang mereka lakukan, saya berdoa agar Engkau membuatkan mereka berhasil. Jauhi mereka dari segala kecelakaan dan kejahatan. Lindungi keselamatan mereka senantiasa. bungkus mereka dengan darah Yesus. Bapa, saya juga berdoa untuk adik beradik saya, jaga mereka, lindungi mereka agar mereka juga dapat sama-sama bertumbuh di dalam Engkau juga berhasil dalam kehidupan ini. Trima kasih Bapa untuk segalanya. semua ini saya doakan hanya di dalam nama Yesus yang paling berkuasa dan dicinta, saya sudah mengucap syukur dan berdoa. Amen.











Let go of the pain...



4.34 PM . From Devotion with sis Valerie. :)

Jesus said…
And when ye stand praying forgive, if ye have ought against any: that your Father
also which is in heaven may forgive your trespasses. But if ye do not forgive,
neither will your Father which is in heaven forgive your trespasses. Mark 11:25-26
Beloved..today Jesus offers you a chance for a new beginning.
Let Him lift the heavy burden of sin from your heart and set you free.
Who the Son sets free, is free indeed!
…Love your enemies, bless them that curse you, do
good to them that hate you, and pray for them which
despitefully use you and persecute you: That ye may
be the children of your Father which is in heaven.
Matthew 5:44-45
Pain is the gift that purifies…
The heart and soul…transforming the mind.
Pain brings us closer, to the cross.
Reminding us what Salvation cost.
Pain is a test, to draw us back…
To make us hunger, for what we lack.
Pain draws us closer, to Gods word….
Through prayer…his voice can now be heard.
Pain crucifies, the will to sin.
Through suffering, we soon begin…
To feel the nails, the blood, the shame.
Reminding us…why Jesus came.
Pain lets us see, through Jesus’ eyes…
How great…his sacrifice was to die.
It brings maturing faith to be…
A witness…to give God glory!

Monday, 21 January 2013

Bukan kuatku, Bukan gagahku


NOT EASY, NOT EASY


bukan dengan kekuatan ku, ku dapat jalani hidupku.Tanpa Tuhan yang disampingku, ku tak mampu sendiri~ Engkaulah kuatku yg menopongku, kupandang wajah Mu dan berseru pertolonganku datang dariMu. peganglah tanganku jangan lepaskan. Kaulah harapan dalam hidupku. :)

memang dengan kekuatan diri, sa sangat lemah. sangat terbatas, sangat kesian. tapi di dalam ketidakberdayaan sa lah, d dlm ketidakmampuan sa, di dalam kelemahan sa.. di situ sa dapat melihat kuasa Allah bekerja, berkuasa untuk menolong, membantu sa untuk menjalani kehidupan yg bukan mudah ini. sukacita, daqmai dan sejahtera dari BAPA memenuhi hidup sa menguasai fikiran dan hati sa.


memang suatu yg berlaku mempunyai sebab dan akibat. apabila disakiti maka akan tersakiti. tp tuhan punya banyak cara utk memulihkan hati yg luka, hati yg sedih, hati yg tdak berdaya. oleh itulah hidup kita ni memerlukan Tuhan setiap saat, setiap waktu. banyak pencobaan boleh datang tapi kuasa TUhan tdk akan pernah terlambat. Haleluyah! Amen.

Wednesday, 16 January 2013

Tahun baru hidup baru. :)



                                  Tahun baru hidup yang baru :)
lama sudah tida tingu ni blog. hoho. 

             Apapun, melangkah di tahun baru 2013, pastinya banyak cabaran yang akan ditempuhi. namun begitu apabila kita berserah sepenuhnya kepada Tuhan pastinya segala sesuatu akan menjadi indah pada waktuNya.
                     Banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan kita. ada yang baik dan ada yang buruk. yang baik pastinya kita gembira menghadapi saat saat tersebut. namun yang buruk, biarlah kita mengambil pengajaran daripada perkara yang berlaku. haha.
                   Tahun lalu merupakan suatu titik perubahan dalam hidup saya dimana saya telah  membuat keputusan yang agak sukar bagi saya. melepaskan orang yang disayangi demi pelajaran dan masa depan adalah sukar. namun begitu, Tuhan yang memberikan kekuatan, Tuhan yang menghiburkan sehingga saya kuat untuk menghadapinya. 
                     Tahun lalu juga adalah permulaan bagi saya untuk terlibat di dalam pelayanan muda mudi. banyak tempat yang saya telah pergi khususnya di sabah dan sarawak. hehe. Di dalam pelayanan, saya belajar banyak perkara dan keutamaan dalam hidup saya mulai diubahkan. saya belajar untuk mengutamakan Tuhan di dalam hidup saya. 
                    oh ya, tahun 2013 bermula nya tahun "ke-singgle-an" saya haha. saya tidak akan ulangi kesilapan lalu. saya akan menggunakan masa muda saya dengan baik dan tidak akan menyianyiakan masa dan tenaga yang ada untuk perkara yang tidak berfaedah haha. saya yakin, Tuhan telah menyediakan  sesorang untuk saya tapi masanya belum tiba. jadi selagi ada masa untuk jadi singgle.. saya berusaha untuk berkawan dengan ramai orang sbenyak yang mungkin.
                   segala yang saya miliki, biarlah saya gunakan semuanya untuk  pelayanan dan untuk kemuliaan nama Tuhan.  


Tahun baru manusia baru :)
Mazmur 119:9
Dengan apakah seorang muda mempertahankan kelakuannya bersih? Dengan menjaganya sesuai dengan firman-Mu. 

kita akan dapat mempertahankan kelakuan kita sebagai orang orang muda dengan menjaga sesuai dengan Firman Tuhan. Kerana Firman Allah yang akan mengubah hidup seseorang. kita sebagai orang2 muda cenderung untuk mengikut kata hati kita namun hati kita seperti yoyo berubah ubah jadi ikutlah Firman Tuhan dan bukan ikut hati. Hati kita bukan lah pemimpin yang bagus untuk diri kita tetapi Roh Kudus dan Firman Allah lah yang akan menguasai fikiran hati dan seterusnya tindakan kita. :) Jadi, marilah kita rajin2 baca alkitab. hoho