Thursday, 24 January 2013

Amsal 25: 20

Alohaaa~ lohaa~ lohaa~ lohaaa~
(sekarang ada perbahasan bah ni di kelas haha) kemonn~

Tarikh hari ini 25 jadii~
Renungan di pagi hari, Amsal 25. :D

Amsal 25:20
Orang yang menyanyikan nyanyian untuk hati yang sedih adalah seperti orang yang menanggalkan baju di musim dingin, dan seperti cuka pada luka.

Seringkali saya melihat apabila ada yang bersedih, ada yang suka mendengar lagu2 jiwang~ lagu2 sedih dan menyanyikan lagu2 sedih untuk menghiburkan hati yang menyenangkan hati mereka. tetapi penulis amsal ini mengatakan bahawa orang yang menyanyikan lagu sedih adalah seperti orang yang menanggalkan baju di musim dingin dan seperti cuka pada luka. Yang pertama [ menanggal baju di musim dingin ]. hmm menanggalkan baju di musim dingin ? apakah perasaan yang apabila menggalkan baju dalam keadaan sejuk? uuu pasti sangat sejuk dan ianya pasti menyeksakan keadaan tubuh fizikal kita. dan [ seperti cuka pada luka ] meletakkan cuka di luka? aduh pasti sangat pedih, sakit. kan?.
                    Jadi, di sini kita dapat belajar bahawa apabila kita sedih janganlah kita menyanyi nyanyikan lagu   sedih kerana ianya akan menambah lagi kesakitan yang kita hadapi. tetapi marilah kita belajar daripada Amsal 15: 13 Hati yang gembira membuat muka berseri-seri tetapi kepedihan hati mematahkan semangat.



jadiieyy~ jumlah kita bersukacita... haleluyah! sukacita membuat kita kuat membuat kita berfikiran positif, membuat kita terus maju di dalam hidup kita. Apabila Roh Allah ada di dalam hidup kita maka kita akan dipimpin oleh Roh-Nya dan bukan lagi hati kita. Ingat! Don't follow your heart, Follow God's Word. :D